Tuesday, April 26, 2011

Disini saya bermula


Penerimaan masyarakat terhadap khidmat photography dalam setiap majlis perkahwinan semakin terbuka, semakin banyak pesaing dan semakin ramai photographer berbakat dilahirkan. Sebagai salah seorang generasi yang melihat bagaimana jatuh bangun industri ini di Malaysia, saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Saya memilih jalan ini. dan apa yang penting penerimaan dan sokong rakan-rakan dalam apa yang saya lakukan sekarang. Saya tidak mengejar nama atau harta, tetapi sekadar melakukan apa yang diminati. Tidak salah bukan?




Saya bermula dari bawah, mengikut dan melihat sendiri dan mengutip pengalaman daripada photographer2 dalam tugasan mereka, daripada pemerhatian itu, saya belajar sedikit demi sedikit ilmu yang diperlukan untuk menghasilkan satu masterpiece untuk mereka yang membayar perkhidmatan yang ditawarkan. Selama 5 tahun, saya menceburi pelbagai bidang dan tugasan photography tanpa memikirkan tentang keuntungan. Penat lelah selama 5 tahun ini banyak membantu untuk menilai apa yang pelanggan mahukan dan mengikut pemerhatian selama 5 tahun ini juga, saya dapat tafsirkan ini adalah perkara yang saya perlu lakukan dalam hidup. 5 tahun itu juga saya mengambil masa untuk memberikan apa yang terbaik kepada pelanggan. Jutaan terima kasih kepada Hezcomm kerana telah banyak memberikan peluang kepada saya dalam tugasan photography yang pelbagai. Tanpa Hezcomm, saya tidak mungkin bermimpi untuk berurusan dengan Jcorp, Bank Rakyat, Pusat Sains Negara, Catur Bistari, dan CE1 the Movie. Seribu satu penghargaan untuk anda.

Kini saya telah memulakan satu page di facebook (Click here) dan segala keinginan untuk memiliki perniagaan sendiri akan dimulakan di facebook page ini, InsyaAllah. Saya masih lagi belajar dan terus belajar tentang kepelbagaian keperluan dan permintaan pelanggan. Untuk mencapai tahap sempurna itu adalah mustahil, tetapi dengan 100% komitmen yang dicurahkan dalam setiap tugasan, saya sedar saya sedang melakukan sesuatu yang sememangnya mengalir dalam diri saya dan itu akan menghasilkan satu karya yang dapat memuaskan hati semua pihak. Kepuasan apabila pelanggan tersenyum atau gelak-tawa rakan2 ketika melihat gambar dan moment yang diambil membuatkan saya menjadi puas.




Saya juga sedar ada yang mencemuh dan memandang rendah keupayaan saya ini tetapi itu semua hanya permulaan kepada satu jalan yang baru untuk saya. Sokongan anda semua diperlukan untuk menjadikan ini kenyataan. Disini saya bermula.


0 comments:

ChatBox


.

About Me

My Photo
These images are zulhilmyshukree’s exclusive rights for a certain time period in relation to his own work, including its publication, distribution and adaptation (as apply to a wide range of creative, intellectual, or artistic forms) . Use or close imitation of the images and the representation of them as one's own original work is "piracy" of zulhilmyshukree’s intellectual rights. (Proud owner of Nikon D300, Nikon D50, sigma 18-200mm,18-55mm and 50mm f/1.8) For booking and management : zulhilmyshukree@yahoo.com

My Blog List

Followers

Blog Archive

Blog Archive

Subscribe

About This Blog

  © Zulhilmy Shukree 'PHOTOGRAPHY' by Copyright 2010

Back to TOP