Hello 2011 :)
2010, tahun paling mencabar fizikal jiwa raga saya sebagai freelance photographer & pelajar tahun akhir sepenuh masa. Sedikit sebanyak ada masalah yang perlu dan apa yang x perlu dalam hidup ni. Saya adalah jurugambar bebas yang tidak terikat dengan mana2 syarikat atau produksi, dan saya juga bukanlah seorang professional photographer kerana gambar2 saya masih lagi tidak mencapai standard "professional" itu sendiri. Syukur Alhamdulillah, photography mengajar saya untuk memberikan yang terbaik untuk kepuasan2 mereka yang menatap gambar2 yang diambil, mereka tersenyum bahagia dan saya lebih bahagia jika gambar itu menjadi kebahagian mereka. Jatuh bangun sepanjang 2010 mungkin agak sedikit menyakitkan, tapi sy ambil pendekatan tolak semua benda2 yang menyakitkan tu ke tepi. Banyak lagi benda lain yang boleh diketengahkan, dikehadapankan. Dugaan bahagikan masa antara belajar & bg service terbaik untuk client yang mengambil khidmat photography saya memang memerlukan lebih dari komitment. Banyak benda saya hilang dan korbankan untuk memberikan ape yang orang lain perlukan dan mengabaikan sesetengah benda yang ada depan mata. Secara jujur, saya masih lagi x dapat mencapai kepuasan sebenar dlm photography. InsyaAllah, perancangan sesuatu untuk diri sendiri akan dilaksanakan pada 2011. Kepada "kawan2 sebenar" sepanjang 2010, semoga kita akan masih lagi bersama untuk tahun2 akan datang. Terima kasih 2010 :)
0 comments:
Post a Comment